Assalamualaikum...
Hari ini aku kembali ke alam blog.. sekian lama aku menyepi tanpa khabar berita,, aku tetap dengan alasan aku yang sama ok mak datin macam aku ni selalu busy body ok.. selalu tak ada masa nak update blog kesayangan yang selalu terabai ni... (aku terhidu roomate makan maggie, lapar)...
Actually, i want to tell you something, tak lama lagi aku habis sem 1.. aku berbangga.. kau ingat senang jadi budak U ni.. aku ni yang bebal sangat buat homework time sekolah menengah dan matrik dulu sampai dekat U ni aku rajin gila.. siap stay up lagi buat assignment.. sebelum masuk U aku selalu dengar senior cakap U ni best.. U ni banyak masa rehat. kelas pn tak banyak.. bila kau mengimbas ayat senior aku macam aku nak jadi monster. siapa lagi yang cakap begitu? sini aku ketuk kepala dia guna chopstick... kau bayangkan (jangan tuup mata, siapa tutup mata aku cucuk mata dia) final exam 40%? iiisshhh.. selebihnya attendance dan assignment.. ok cukup aku cakap aku jakun..
Main point kan sebenarnya nak cakap, dekat dalam U ni bukan senang mak oiiii.. kalau kau jenis yang cukup2 makan boleh la malas2.. tapi untuk budak skema macam aku ni yang study 24 jam nak dapat kan 4 rata tu kena hampir nak terberak juga la.. ( aku belajar 2 jam jak pn selebihnya ku tgk korea,hahahahah).
Dengar sini adik2 yang bakal masuk University ok,, akak zira nak pesan, sebelum masuk Uni persiapkan fizikal dan mental kau ok.. Dalam Uni ni kau kan jumpa manusia yang pelbagai perangai dan rupa.. kau akn jumpa pelbagai bangsa dan negara (I means international Student).. kalau kau masuk University tanpa persiapkan diri kau kan senang hanyut.. aku yakin bahawa bila kau kenal diri kau, bila kau tahu matlamat hidup kau, bila kau pandai berfikir mana baik dan buruk kau tak kan mudah terperdaya.. hidup di University ni memerlukan semangat dan jati diri yang kuat..
Aku ni tak la banyak ilmu nak di kongsikan tapi pa yang aku nampak aku cuba jadikan sebagai pedoman.. aku cuba tidak menjadi pa yang aku nampak buruk.. begitu juga aku harapkan dengan adik yang bakal masuk ke alam University ni.. pandai2 jaga diri pandai2 berdikari, dan persiapkan diri anda..
jangan jadi manusia yang biasa2, jadilah manusia yag luar biasa dan lain dari yang lain..
Aku harap apa yang aku tulis tidak menjadi sia2.. dan digunakan sebagai pedoman.. walaupun simple aku harap adik2 sekalian boleh la guna pakai..
jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment