Wednesday, November 6, 2013

Cantik dalam dan cantik luar yang mana lagi penting??

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama tak ketemu bukan?? zyra baru lepas exam.. penat belajar pun xhilang lagi nhe..
And now tengah bercuti selama 3 minggu jer.. agak2 kalau zyra buat2 cerita ada hal yang nak diurus bila nak balik boleh x??  supaya boleh tambah 1 minggu lagi cuti.. gantung la cuti 3 minggu nhe…  baru siap petah Malaysia kat bantal rumah da nak balik.. I don’t like.. 

Berbalik dengan pembaca semua..
Apa kah khabar2 saudara saudari yang handsome lagi cantik2??
Hari ini zyra nak memberikan pandangan tentang sesuatu yang cantik2, comel2, cute2 menawan dan sewaktu dengannya.. ok,, siapa sini rasa kan dirinya cantik?? angkat tangan..
Hahaha.. siapa rasakan dirinya comel?? Angkat kaki… hehe… rasa nak menampar kan?? Hahaha.. tapi jangan tampar zyra tampar tangan zyra yang menaip nhe.. tangan nhe yang susah sangat berhenti menaip.. (menaip punya laju tapi disuruh membaca 10x belum nnti zyra faham)… J

Semua manusia di dunia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing2..
Ada yang manis senyum.. jaga2 siapa yang ada senyuman manis nanti ada semut dibibir zyra x tahu.. bengak bibir sampai jadi macam Angelina jolie tanggung sendiri ok..
Then, Ada yang mempunyai mata yang menawan.. sampai juling mata orang lain merenung.. (amik kau) hahaha.. lain kali jangan tenung2.. teus korek jak mata dia letak kat mata kau.. haha,, melampau2 pulak bayangan aku nhe.. hahahaha..
Next, ada yang mempunyai hidung yang mancung (macam zizan razak) dan macam2 lagi lha..

Kecantikan ada la sesuatu yang sukar untuk digambarkan…
Kadang kala kita melihat sesorang yang mempunyai penampilan yang simple lebih menarik berbanding dengan orang yang bergaya mengalahkan artis…

 Entry sebelum nhe zyra ada mention pasal tajuk yang seterusnya kan..
" cantik dalam dan cantik luar yang mana lagi penting??"
Just now zyra ada cakap pasal penampilan yang simple right??
Nak tahu kenpa kita melihat sesorang yang simple lebih menarik??
Hal ini kerana.. hehehe.. wah,, serius sangat..
Ok,, kerana kecantikan sebenar datang dari dalam dan tingkah laku..
Kesederhana itu datang dari rohani yang sudah cukup memberikan keyakinan pada diri..
Sesorang yang mempunyai nurani yang bersih dan indah menampakan peribadi yang sangat menarik.. setiap tutur katanya dan setiap perkara yang dilakukan adalah sesuatu yang baik dan teliti…  keserian wajahnya datang dari  hati yang tenang dan jiwa yang sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan.. bagi zyra sendiri wajah yang bercahaya bukan sahaja disebabkan oleh kirim2 yang kita gunakan.. nak kan wajah yang bersih dari jerawat dan bercahaya harus lah dibersihkan dengan air wudhu dan amalkan solat lima waktu…

Walaupun kita rasa bahawa kita sudah cukup cantik pada luaran tapi pada hakikatnya kecantikan itu ada sesuatu yang palsu yang menipu orang lain..
Kita terpedaya dengan hasutan syaitan yang menyatakan bahawa kita perlu mencarik kacantikan luaran sahaja.. kita sering lupa tentang pentingnya kecantikan dalaman yang mengambarkan kecantikan luaran.. busuk pada dalaman sebenarnya mempelihatkan kejelekan kita pada luaran… walaupun ramai yang memuji bahawa kita mempunya paras rupa yang menarik tapi  kita selalu lupa membaiki kecantikan dalaman,, hakikatnya kita sebenarnya masih kelihatan jelek..

Hanya 1 yang layak menilai samada kita cantik ialah allah swt..   tetapi sesorangan perempuan yang menjaga diri dan menjaga hubungan dengan allah adala wantia yang sangat jelita bukan sahaja pada luaran tapi juga pada dalam.. kerana hati mereka dipenuhi dengan ketengan dan keindahan…

Wanita adala ciptaan allah yang paling indah.. jadi harus dijaga dan diperindahkan dengan sikap yang dan tingkah laku yang menarik berlandaskan syariat islam… 
Wanita yang mempunyai kecantikan hakiki memiliki  pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka menolong orang lain, ceria dan penyabar.

Tapi xbermaksud kita kena abaikan kecantikan luaran..
Tetapi biar lah seimbang antara luar dan dalam..
Selain membina kerohanian yang baik kita juga kena sentiasa menjaga kecantikan luaran kita dengan mengambil produk yang baik dan sesuai denga wajah kita..
Bila melihat cermin.. jangan sibuk puji diri sendiri… kan lagi bagu kita baca doa nhe..

“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
 Lepas tu kau nak puji diri sendiri kau puji lah..

Kecantikan luaran juga dapat di jaga dengan
-minum air yang cukup..
-tidur yang cukup..
-mengambil makanan yang sihat dan macam2 lagi.. ( nak tahu Tanya encik google)  hahaha..

sekian sahaja dari zyra pada hari ini..
memohon maaf dan ampun sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa..
apa yang zyra katakana adalah panndanga semata2..  
nantikan entry zyra yang seterusnya…

errmm tak tahu lagi tajuk.. just wait ok…