Wednesday, June 3, 2015

TANGGUNGJAWAP

Assalamualaikum, malas nak buat mukadimah ya, ini bukan karang sekolah yang aku kena hantar nak dapatkan A or anything. Just nak cakap pasal "tanggungjawap", aku rasa xperlu kot nak terang guna kamus dewan nak cerita pasal tanggungjawap ni. Budak tadika pun rasanya  tahu apa itu tanggungjawap. Tapi kau rasa semua manusia di dunia ni tahu kah tanggungjawab masing-masing? dan kau rasa manusia buat tak tanggungjawap tu? tak tahu lah nak terang macam mana. Ok, dalam dunia ni kan kau akan jumpa dan telah jumpa pelbagai jenis  manusia serta perangi yang berbeza-berbeza mungkin sebab manusia dibesarkan dengan cara hidup yang berbeza. 

Ok point aku dsini nak tanya adakah disebabkan manusia berbeza cara dibesarkan dan di didik, sifat bertanggungjawap itu terdidik dalam diri kau hasil dari pembawaan dari cara kau hidup? I know ayat aku ni susah nak faham. Bagi aku tak, sebagai contoh, parents kau didik kau jadi orang yang bertanggungjawap dan semua nilai-nilai baik sudan ditanam dan di baja dalam diri kau, tapi kau tetap jadi manusia yang kurang atau tak langsung ada tanggungjawap, do you still blame your parents? if you say yes and I thought your parents unlucky have you has their daughter/son.

Ok soalan lagi, pernah kah kau hidup diasrama dan di blok kau lampau x on dan kau kau on kan? pernah kau lalu 1 kawasan dan kau nampak sampah depan mata kau then kau kutip tanpa disuruh dan xda niat nak menunjuk-nunjuk? dan pernah kah kau duduk di mana-mana dan ada orang duduk sebelah kau, kemudian barang orang yang duduk sebelah kau jatuh dan kau tolong? kau tahu tak semua yang aku cakap itu boleh menunjukkan kau ornag bertanggungjawap. walaupun nampak remeh dan benda kecik tapi sifat dan attitude kau boleh dilihat dari benda kecil begitu. Ya aku akui sangat remeh, Tapi bagi aku kalau tanggungjawap kecil sebegitu pun kau susah nak buat apa kan lagi tanggungjawap terhadap benda yang besar.

Aku tak cakap orang yang tak buat semua yang aku cakap itu tidak brtanggungjawap, Benda simple kalau kau tak ubah akan jadi sifat yang buruk untuk diri kau. Kau rasa salah kah bagi on lampu? salah kah kau kutip sampah tu? salah kah kau tolong orang yang kau tak kenal? tak bedosa pun. Malah kau dapat pahal lagi. Mana la tahu  kau tolong orang yang kau tak kenal dan  dia doakan kau perkara-perkara baik and ya doa nya termakbul kan dapat banyak faedah nya tu. dapat pahala+doa yang baik-baik. kalau kau rasa nak jadi orang yang baik, Mulakan buat perkara yang kecil, belajar untuk jadi manusia yang menyenangkan orang lain, tak salah pada pendapat aku.

aku terlalu mudah nak mengubah sikap dan sifat manusia. aku tak mampu nak menegur apa lagi orang yang lebih tua dari aku. Aku cuma boleh menulis dan membawa orang berfikir. contoh yang aku cakap itu sikit, nak di list kan aku tak larat. Jadi point utama aku tak salahkan jadi manusia yang bertanggungjawap, tak semestinya hanya kepada diri sendiri tapi juga tuk orang lain, jangan terlalu berkira dan jangan menunggu orang lain yang buat. Take a 1st step, do it first dan ubah step by step. kau tak rugi dan kau akan jadi dalam golongan orang terhormat tanpa perlu pangkat yang di tinggi, Kau terjormat di sisi tuhan.

That All from me, yang buruk datang dari aku yang baik dari dari Pencipta. Kalau nak terima, kalau tak ada paksaan , Kalau ada silap tolong betul kan.

Saturday, December 27, 2014

Life...

Assalamualaikum...
Hari ini aku kembali ke alam blog.. sekian lama aku menyepi tanpa khabar berita,, aku tetap dengan alasan aku yang sama ok mak datin macam aku ni selalu busy body ok.. selalu tak ada masa nak update blog kesayangan yang selalu terabai ni... (aku terhidu roomate makan maggie, lapar)...

Actually, i want to tell you something, tak lama lagi aku habis sem 1.. aku berbangga.. kau ingat senang jadi budak U ni.. aku ni yang bebal sangat buat homework time sekolah menengah dan matrik dulu sampai dekat U ni aku rajin gila.. siap stay up lagi buat assignment.. sebelum masuk U aku selalu dengar senior cakap U ni best.. U ni banyak masa rehat. kelas pn tak banyak.. bila kau mengimbas ayat senior aku macam aku nak jadi monster. siapa lagi yang cakap begitu? sini aku ketuk kepala dia guna chopstick... kau bayangkan (jangan tuup mata, siapa tutup mata aku cucuk mata dia) final exam 40%? iiisshhh.. selebihnya attendance dan assignment.. ok cukup aku cakap aku jakun..

Main point kan sebenarnya nak cakap, dekat dalam U ni bukan senang mak oiiii.. kalau kau jenis yang cukup2 makan boleh la  malas2.. tapi untuk budak skema macam aku ni yang study 24 jam nak dapat kan 4 rata tu kena hampir nak terberak juga la.. ( aku belajar 2 jam jak pn selebihnya ku tgk korea,hahahahah).

Dengar sini adik2 yang bakal masuk University ok,, akak zira nak pesan, sebelum masuk Uni persiapkan fizikal dan mental kau ok.. Dalam Uni ni kau kan jumpa manusia yang pelbagai perangai dan rupa.. kau akn jumpa pelbagai bangsa dan negara (I means international Student).. kalau kau masuk University tanpa persiapkan diri kau kan senang hanyut.. aku yakin bahawa bila kau kenal diri kau, bila kau tahu matlamat hidup kau, bila kau pandai berfikir mana baik dan buruk kau tak kan mudah terperdaya.. hidup di University ni memerlukan semangat dan jati diri yang kuat..

Aku ni tak la banyak ilmu nak di kongsikan tapi pa yang aku nampak aku cuba jadikan sebagai pedoman.. aku cuba tidak menjadi pa yang aku nampak buruk.. begitu juga aku harapkan dengan adik yang bakal masuk ke alam University ni.. pandai2 jaga diri pandai2 berdikari, dan persiapkan diri anda.. 
jangan jadi manusia yang biasa2, jadilah manusia yag luar biasa dan lain dari yang lain.. 

Aku harap apa yang aku tulis tidak menjadi sia2.. dan digunakan sebagai pedoman.. walaupun simple aku harap adik2 sekalian boleh la guna pakai.. 

jumpa lagi... 

Friday, August 29, 2014

NO POINT...

Asalamualaikum..
tonight I'm not going to write too much...
just let my word describe about what I feel this time..

I got this from google...
so jangan heran ya..


back to main point, aku terasa nak menulis malam ni sebab I want to keep one of my bad memory in
my life.. please don't say I'm crazy.. belum lagi tapi sikit2 lah..
This is first time in my life I have to through this moment where I don't know what I feel actually..
sometime this feeling is too complicated.. (sorry kalau broken english)
dalam hidup aku, aku tak minta banyak pun,, aku just nak orang hormat aku, hargai apa yang aku buat dan yang paling aku nak jangan tipu aku...
I'm not the one who like talk too much and always complaining..
no that not me.. kalau jumpa muka mcm aku and banyak complain itu bukan aku...
trust me.. seriously I'm not a type person who like to hurt anybody...

aku tak pandai nak menyakitkan hati siapa2 guys..
aku rela sakit dari meyakitkan hati orang lain..
tapi bila aku jumpa a type person yang tak tahu menghargai orang lain, suka menyakitkan hati orang
dan tak pandai jaga hati orang aku rasa dunia tak adil...

it been too long time I try to be strong, but not for this time..
after god show me something beyond from my expectation I lost my control..
I feel so weak and stupid.. I feel want to destroy something yg cuba buat aku rasa down...

after long time god,, this time I don't think I can handle this without you...
why now??? why after few years you give me this pain..
until this time I can't speak clearly, i can't sleep well and so stressful....
give a strong god so I can stand with this pain..
give me my life back..

Tuesday, August 26, 2014

Welcome Back To School..

Asalamualaikum dan good night...
ok aku mengaku aku jarang buka blog.. 
biar lah blog aku ni behabuk ka berlipas ka I DONT CARE!!!
Hehe aku busy betul weeiiiii.. lebih busy dari dato2 ok..
Hehe actually aku busy keja dan busy dengan mengisi masa lapang aku dengan membesarkan badan..
busy body lah pokok akar dan bunganya.. especially time puasa tu... aku keja dari pukul 9am-9pm,,
kadang2 balik pukul 11pm.. nampak tak betapa busy body aku d situ... ok tak paya nampak baca jak ok...

back to main point aku ya... 
FYI siapa2 yang tunggu UPU macam aku ni tahu lah bila result UPU keluar kan..
so aku pun mahu juga sibuk2 nak bagi tahu yang few day from now aku akan jadi STUDENT kembali...
Haih,, aku tak puas lagi membesarkan badan dah nak merana balik masuk study..
can I extend my holiday??? omg... so sad  coz i know the answer... (nak tisu please)

I will continue my student jauh kat oversea sana....
jauh sangat2... ok aku bohong... NEVER PUT YOUR TRUST TO ME...
I AM A BIG "penipu"....
aku juast sambung kat UMS (universiti malaysia sabah) jak ok.. 
perjalanan memerlukan at least 6 jam dari tawau ke kota kinabalu k..

kat atas ini tawaran yang aku terima di UMS.. tak  berapa terang sangat lah sebab aku lupa nak crop time aku buat screenshot tu..

aku dapat jurusan MATEMATIK DENGAN EKONOMI...
aku ni tak pernah sentuh pun ekonomi.. this is first time in my life aku ambil risk untuk jump dalam ekonomi..
no basic and  I am nothing for ekonomi...

but I know god arranged for me everything...
god hear what I want..I ever say to myself..
"Ya allah aku suka duit aku suka risiko aku suka cabaran... apa pun bidang yg aku dapat aku redha.."
tapi aku tahu Allah swt dengar pa yag aku mahu dan tahu sesuai dengan aku,,,
so lepas kau dapat result aku happy sangat sebab Allah dengar pa yang sesuai dengan aku dan dengar isi hati akuu... aku  bersyukur sangat.. bukan just dapat bidang yang aku mahu tapi dapat lega kan hati parents aku sebab parents aku tak berhenti mendoakan aku dapat UMS.. AND YES alhamdulilah aku dapat di tempat yg parents aku nak...

semua urusan sudah selesai... now just tunggu nak gerak p kk lagiii..
that Allah from me.. INSHAALLAh aku akn update lagi k....


Friday, June 27, 2014

Happy birthday to me...

Asalamualaikum... 
bila aku nak start tulis blog aku sendiri binggung nak cakap pa and nak mulakan macam mana.. aku sendiri yang speecless.. Hehehe.. 
Actualy aku nak cita pasal Hari Jadi aku baru ini.. 
nothing special pun,, aku just bangun pagi aku buka handphone ada masej aku baca and aku akan balas "amin... and thank you".. Sebab setiap kali birthday siapa2 pun orang mesti akan hantar
" may Allah bless you..".. "semoga panjang umur dan murah rezeki".. betul kan?? so aku pun amin kam lah.. Ayat tu nampak simple and biasa2 saja.. tapi maksudnya sangat mendalam..

Bila orang kata gitu that means orang tu alert dengan kau dan nak kau bahagia.. dia nak kau punya kehidupan lebih mendapat keberkatan Allah dan sentiasa happy.. 

Back to me.. Aku ini imiginasi kadang2 melampau2 juga.. bila birthday aku datang aku pun terbayang lah dan orang buatkan aku kejut  yang gempak2 lah,, orang bagi aku teady bear besar katil ka.. yang paling  best imiginasi aku ini aku tahun ini aku nak orang hadiahkan aku handphone yang paling latest dari jejaka idaman.. OMG razira...  oleh kerana aku tiada handphone yang canggih jadi aku pun mengingin orang bagi aku handphone so save buget aku tak paya beli handphone...

 But unfortunately it just a dream.. Hahahah,, tapi biasa lah tipu la weii kalau setiap insan dia dunia ni tak suka hadiah terutama dari orang yang kita sayang.. pembohongan yang paling besar bila cakap tak nak kan hadiah dan membayangkan benda2 yang best untuk Hari istimewah kita sekali setahun itu tipu belaka.. dusta..,

Tapi ya.. I feel so bless even pa yang aku nak aku tak dapat tapi aku tetap happy dan bahagia..
Aku bersyukur Allah Bagi aku kekuatan untuk lalui setiap cabaran aku mengingkat jadi remaja..
aku just harap umur aku 13 tahun.. ( ok menipu.. +7thn k) aku jadi matang dan bijak mengatur hidup dan masa depan aku.. anyway happy birthday to me be a good and strong girl... You look smart when you smile so keep smile even people want to down you.. always keep in mind you not alone coz you have Allah my heart.. 

Kalau tiada sudi faham kau tidak apa kerana Allah ada untuk selalu faham dan cintakan kau...
nukilan dari hati Razira Aniza...

Monday, June 16, 2014

Aku stress..

Asalamualaikum...
aku stress dengan dengan diri aku sendiri..
In my life ada 2 perkara yang selalu buat aku stress 
1. bila berat badan aku naik..
2. bila aku selalu tak dapat keputusan yang tak baik dalam exam.
atau dengan erti kata lain aku rasa sia2 belajar..

time aku di matrik berat badan aku dalam 53kg i try very hard, tanpa beputus asa aku jaga makan aku sebab bagi aku dengan ketinggian 153cm aku  tak deserved untuk memiliki berat badan yang sebegitu.. honestly aku sangat stress dengan berat badan aku,, then aku try and try and try again and again... failed betul bahasa aku.. hahaha... aku jogging 3 or 4 kali seminggu.. selang sehari aku jogging.. actually aku jogging juga sebab aku bosan kat bilik jadi aku pun p la jogging sekali nawaitu aku nak kurus..

 After 3 month berat aku turun 6kg time tu aku happy sangat bebaloi dengan usaha aku yang cuma ambil segenggam nasi and lebih lauk... but it just for 3 month.. now aku nak cita yang aku stress aku kenapa aku dilahirkan dengan cepat naik berat.. honestly aku stress and aku geram.. aku tak boleh enjoy dengan life aku makan sedap makan banyak tanpa perlu fikir kalori tanpa perlu fikir gemuk makan and makan jak,, aku tak enjoy bila aku terus2 fikirkan pasal takut berat badan naik,, aku jeles dengan orang yang berbadan kurus.. makan sebanyak apa pun tetap kurus.. tak macam aku bila aku start makan pa yang aku mahu berat aku naik.. aku baru bercuti 1 bulan lebih selepas setahun aku di matrik.. tapi berat badan aku dari 46kg p 49kg....  ya allah betapa sakitnya hati aku... kenapa kenapa dan kenapa... sakit hati aku cuma Tuhan saja yang tahu.. aku bukan tak tahu nak bersyukur tapi kenapa aku susah nak dapat pa yang aku mahu ya Allah.. its too hard for me.. 


yang buat aku bertambah stress bila aku study gila2 tapi result aku biasa2.. tapi orang yang study biasa2 dpat result yang gila2.. aku stress ya Allah aku stress... Bermacam2 teknik aku sudah guna tapi result aku still sama tak pernah dapat sama seperti yang aku usaha kan.. sekali lagi aku cakap aku bukan tak reti bersyukur ya Allah aku cuma stress dan hati aku sakit.. aku kecewa.. air mata aku dan kering dan sampai bila aku kena berusaha... aku sedih bila aku dengar result kawan2 aku gempak terutama kawan yang belajar sama2 dengan aku.. aku nak bangga kan parents aku.. aku nak sambung study di tempat yang baik.. aku nak dapat result yg aku boleh bangga kan.. tapi aku kuat usaha aku makin kuat ujian Allah..

banyak lagi perkara yang kadang2 aku tak mampu nak ungkapkan dengan kata2 betapa sakitnya bila aku di beri ujian sukar mendapat pa yang aku mahu... mungkin sku banyak dosa, mungkin Allah nak aku makin dekat dengan dia.. Ya Allah selagi aku boleh bertahan aku tetap bertahan dan berusaha..

Thursday, June 12, 2014

Because I Am Razira...

Asalamualaikum..
hai my blog...
aku ini cuti ka sekolah ka aku tetap tak update blog kan..
pemalas kan... mmg pun... hahaha..
aku just nak bg tahu yang sekarang aku tengah kerja.. 
aku bukan jenis yang suka duduk diam so aku pun p lah cari kerja..
dulu lepas aku spm aku kerja dekat butik kat tawau ini..
nama butik tu norris gallery... so lepas matrik aku pun kerja lah kat sana balik..
bos nya best that why aku nak kerja kat situ balik..
gaji pun kira ok... so aku tiada sebab nak tolak tawaran ini...

itu pun aku kerja lepas 2 minggu menggangur menjadi suri rumah yang paling berjaya..
now,, aku punya azam kerja ini aku nak simpan duit banyak2, beli handphone and paling aku nak aku nak ambik lesen... ya lesen kereta.. dengan duit yang aku akn usaha sendiri dengan sisa2 masa sebelum aku p belajar balik.. 
mmg sakit kepala fikir macam mana nak dapatkan semua tu.. tapi selagi aku masih kuat aku akan cuba dapatkan dengan titik peluh aku sendiri... I know Im a strong girl and I independent girl..
I can survive even whatever happen because Aku Razira.. 

Selagi nyawa di kandung badan tak kan ku berundur walau apa pun akan terjadi..
ayat poyo..  razira2.. hehe.. 
kesimpulan  aku kena kerja keras, amanah dan berusaha keras...
doakan aku sentiasa sihat ya.. sbb aku pun sentiasa doakan kamu sentiasa sihat...