Saturday, September 28, 2013

BILA STRESS??

Asalamualaikum and Hai everyone..
Dah lama zyra tak update entry kan?? Hehehe..
Zyra busy sikit sebab peperiksaan sem 1 dah nak dekat..
Busy dengan assignment and task berlambak2 yang membuatkan zyra kadang2 stress..
Tapi demi masa depan zyra sanggup melakukan apa2 saja.. demi untukmu..
Ceh,, guna ayat orang2 yang jiwang yang mabuk bercinta pula aku ni..
Cinta?? Hah??!! Jangan nak fikir boyfriend2 ok..
Cinta kepada buku dan ilmu yer… zyra masih kanak2 tak boleh bercinta  lagi..
( Dah tua nak mengaku kanak2).. hahaha..
Zyra baru 18 tahun ok.. muda lagi.. hehehe…

Bila anda stress apa yag anda akan buat??
Beteriak?? Ketawa??... hehe..
Mesti korang pun ada cara sendiri nak atasi stress bukan??
Mesti ada sifat yang pelik2 yang korang akan buat..
Kalau zyra bila zyra stress zyra akan..

1.      Minum minuman kafein macam Nescafe or white coffee and then zyra akan tidur…
2.      Zyra akan makan and makan and makan.. dalam 1 hari maybe zyra akan makan 5 or 6 kali.. dahsyat bukan?? hehe..
3.      Zyra akan menangis sepuasnya sampai mata zyra bengkak.. hehe
4.      Zyra akan keluar rumah  zyra dan bersiar2 sampai zyra penat..
5.      Zyra akan menonton Running Man.. ( peminat setia running man ok)
6.      Zyra akan call my mom becerita banyak2… hehehe.. anak manja katakan..
7.      And.. bila stress zyra akan banyak senyum.. macam orang gila..

Actually banyak lagi zyra akan buatbila zyra tengah stress..
Menyanyi.. and macam2 lagi la..
Zyra bukan jenis yang suka meluahkan perasaan dengan orang..
Zyra lebih suka berdiam then, zyra akan berfikir..
Tapi blia zyra perlukan pendapat orang zyra akan bertanya dengan orang yang lebih dewasa dari zyra..

Tapi sejauh mana pun zyra pergi dan apa pun zyra buat untuk hilangkan stress zyra mesti akan berbalik kepada ALLAH SWT..
Kerana dia adalah pemberi ketenangan kepada kita..
ALLAH SWT yang memberikan dugaan dan cabaran kepada kita dia juga lah yang akan memberikan penyelesaian samada cepat atau lambat..
Oleh sebab itu lah (macam ustazah la pulak aku ni,, hehehe) jangan pernah kita melupakan ALLAH.. kembali ke jalannya In sha allah semua akan dpermudahkan dan akan nada hikmah sebalik yang terjadi… Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang dia tidak akan membiakan kita sendiri…

“… sesungguhnya ALLAH SWT benar-benar Maha Pengasih lagi Maha penyayang kepada manusia..” (al-Hajj,65)

Sekian dari zyra tuk hari ini..  
Zyra adalah manusia biasa yang tidak pernah lepas dari kesilapan
Jika ada tersilap kata yang menguris hati anda,,
Ampun dan maaf dari zyra…

Keep reading my blog… 

Wednesday, September 11, 2013

MAKANAN OH MAKANAN…

Asalamualaikum and Hai…
Hehe.. jangan heran… zyra adala pengemar makan ok..
But still zyra akan jaga badan ok… hehe..takut gemuk..
Zyra adala pengemar makan yang pedas dan bersambal..
Fuhhh,,, kalau jumpa makan yang ada sambal dan ulam-ulaman jangan harap zyra
Akan berhenti.. selagi tak rasa perut macam nak pecah tak zyra berhenti punya..
Ala,, terasa rindu kat rumah.. rindu nak makan sambal air tangan ibu sendiri..
Nak menangis… nak menangis… Haha gediknya anak orang ini….

But bila zyra sampai ke KML zyra hilang semua makanan yang sedap..
Hacur hati ini.. first time datang Labuan makan nasi pun tak lalu..
Makan sikit nak muntah da… ini semua homesick punya pasal lah..
Start kuliah zyra tak dah semangat langsung.. Nampak muka pensyarah zyra da blur..
Makan zyra pun tak teratur.. bagi zyra semua tak sedap..
Selepas da puas da menangis zyra pun dapat la suaikan diri dengan keadaan sekarang..

Zyra pun start la semula menjamu selera dengan penuh semangat lagi…
Tapi kali ini makanan kegemaran zyra ada bertukar..
Di sebabkan di KML jarng memperoleh sambal dan makanan yang pedas2..
(mungkin orang Labuan tak suka makan pedas kot)..
Hehe suka suki aku jer nak buat kesimpulan.. hahaha..
Ok,, berbalik dengan pertukaran makanan kegemaran zyra..
Sekarang makanan kegemaran zyra adala..
MEE SEGERA.. haha.. nak tahu kenapa??
Itu sahaja makanan yang ada tuk waktu yang desperate..
Contohnya tengan malam..

Mee sedap menjadi piliahan… ermm yummy..


panas2 lagi.. enak dimakan..

Setiap kali zyra outing berbagai2 jenis mee segera akan zyra beli..
Mee lee fah,, maggie kari,tomyam and mee segera yang paling murah mee sedap..
Semua Mee segera pernah dijamah olehku.. hahaha..
Perkara yang paling gila yang pernah zyra buat ialah dengan merebus
Mee segera di dalam heater.. hehe.. zyra rebus mee segera tu dengan telur sekali..
Roommate zyra pun membebel lah dengan zyra..
Dalam hati.. (biarlah kena marah yang penting aku kenyang)..
Hehe.. jahat bukan zyra ini??


Perkara yang paling best bila zyra dan roomate zyra rendam Mee sedap dalam jag minuman… lepas tu kami pun makan berjemaah.. fuhh rasa macam keluarga sendiri..
Ketawa bersama.. dengan mee segera sahaja kami dapt eratkan silaturahim
Antara kami.. kadang2 mee segera zyra rebus and bagi dengan kawan2..
Tak seronok makan sendiri2 ini.. tak terasa nikmat makanan..

Selain dari mee segera zyra juga mulai menyukai coklat..
Labuan adala tempat yang free duty.. coklat2 yang mahal2 pun jadi murah disini..
Tapi dengan syarat beli yang borong punya.. kalau beli yang satu2 harganya tak jauh beza pun dengan yang ada kat tempat korang tu..
Zyra setiap kali nak pulang ke rumah mesti akan kemana2 tempat tuk beli coklat..
Kalau tak beli mengamuk adik2 zyra.. ceh…
Zyra pun apa lagi memborong habis coklat.. naa ambik kau…
Haha.. macam2 jenis da zyra makan.. papermint, roast almond (kegemaran aku), fruit&nut and macam2 lagi.. nak jumpa coklat yang anda belum pernah makan datang lha ke Labuan..
Dan borong lah banyak2 coklat… hahahaa..




MINGGU ORENTASI..

Asalamualaikum and Hai everyone..
Hari ini zyra akan memceritakan pengalaman zyra berada jauh dari family..
Ini first time zyra jauh dari family zyra after 17 tahun bekepit dibawa mama dan bapa zyra..
Adui pengalaman yang sangat perih bila dingat… ceh macam putus cinta la pulak aku ini..
Zyra sampai ke Labuan di temani oleh parents zyra..
Nasib baik ada parents yang teman kalau tak..
Sesat entah kemana.. 
 

Zyra first datang Labuan rasa janggal sangat.. pelik melihat banyak orang asing..
Mabuk laut lagi.. kepala pun pening sangat ok.. nasib baik zyra dapat tidur..
Jadi tak la muntah.. kalau lah zyra muntah time tu mesti time pendaftran muka puncat..
Da tak cantik… hahahaha… aku puji diri sendiri.. jangan marah yerrr…
Lepas zyra mendaftar parents zyra hantar zyra pergi ke bilik..
Fuyooo… zyra dapat block A.. Block penghujung dunia.. hehe.. melebih2 pulak..
Sudah la dapat block paling hujung dapat tingkat paling tinggi pulak tu
Arrrggahhh… sangat mengeramkan… tingkat 4… OMG…
Kesian parents zyra mengangkat barang2 yang macam mahu pindah rumah..


Ok sekarang zyra masuk pegalaman orentasi yang sangat membuatkan zyra trauma..
First day datang KML (Kolej matrikulasi Labuan) dah didera dari segi mentel…
Time mengemas barang sambil ditemani dengan air mata yang jatuh berguguran dah ada pengumunan diminta semua pelajar berkumpul.. banyak perkara terus bermain dalam otak..
boleh kah aku skip tak perlu turun” ,“bukan ada orang tahu pun”..
Tapi biasa lah zyra ni skema sikit tak pandai nak menipu.. hahaha…

Errrmmm,,Biasala kalau orentasi mesti ada yang teriak, marah, dan sebagainya..
Time orentasi tu jumlah pelajar sekitar 2000 lebih kalau zyra tak silap..
Kami d kumpulkan dalam dewan yang tidak mempunyai air-con..
Zyra dalam dewan macam mandi… mandi peluh.. hehe..
Malam2 pulak orentasi sampai jam 12 malam.. balik ke bilik nak cuci pakaian
Nak sambung kemas barang lagi.. last2 dapat tidur jam 1 lebih..
Dalam jadual kena ada dalam surau untuk menunaikan solat subuh pukul 4.30
Tapi jam 3 lebih da dikejutkan dengan bunyi siren yang menyakitan jiwa..
Zyra yang baru nak mimpi indah terpaksa lah bangun..
Rasa nak mengamuk.. macam gorilla..

After 1 minggu orentasi mandi peluh, tak cukup tidur..
Kena teriak2 and kejadian kaki zyra terseliuh akibat semangat berlari nak masuk dewan..
Tamat la riwayat orentasi zyra pada tahun ini… ok cita pasal terseliuh..
Time tu zyra lambat sikit nak masuk dewan,,kakak2 faci pun marah lah dengan zyra..
Zyra pun apa lagi berlari pecut and kaki pun masuk kedalam longkang.. after that zyra pun berjalan la dengan keadaan yang tak stabil..

Tapi habis sahaja orentasi kami pun di bagi pulang..
Zyra apa lagi lepas pengumunan tu zyra terus call parents…
mama aku nak balik” and my mom said “kau baru seminggu disana da nak balik”
Hahaha.. dapat juga lah zyra balik.. walaupun baru seminggu dilabuan tapi rasa macam beribu tahun.. hahaha.. akhirnya zyra pun balik tempat asal walaupun
Cuma seminggu.. lepas tu balik semula ke Labuan zyra da siap kan mentel dan fizikal..
Dan sudah berjanji akan belajar bersungguh2..

Nnti zyra akan update lagi dari semasa ke semasa ok pasal zyra d labuan..
Peace yoh…

Saturday, September 7, 2013

MUKADIMAH

Asalamualaikum and Hai…
Ok let me start who I’m first…
My dad and my mum memberikan nama sebagai Razira Aniza Roslan,,
Just call as Zyra,, simple and sweet (sweet la sangat) Hehe…

Now, zyra berumur 18 tahun dan sekarang zyra menuntut di kolej matrikulasi Labuan
Baru sahaja menuntut dikolej ini.. Bulan November nanti baru la tamat semester 1..
Zyra mendapat modul 2 yang memgambil physics dan chemistry...
Sometimes people will call,, budak modul 2 bakal engineers
Actually  tak kot,, zyra pun tak conform sangat nak jadi engineer ini..

Ok itu sebar sedikit mengenai pendidikan zyra,,
Zyra akan bagi tahu lebih mendalam siapakah empunya badan ini.. 
Adui,, macam menunjuk2 pulak… HAHAHA  (sikit lha) hehe..
Zyra anak ke-5 dari 7 orang adik beradik..
Zyra punya 2 abang 2 kakak dan 2 adik… perfect!!! xperlu nak jealous dengan orang yang
Ada abang, kakak atau adik sebab zyra ada semua… Hehe..


Zyra seorang yang sangat suka senyum dan peramah..
Suka bergaul dengan siapa2 sahaja even macik2, pacik2, jejaka yang tak kacak , tak macho..
Im also independent girl, ,minat dengan sesuatu yang extreme,, zyra suka membaca novel yang beratus2 page dan tebal sangat sampai juling mata membacanya ,,, zyra sangat mengemari music..
I love music so much…  HEHEHE..

Kalau zyra nak bercerita tentang diri zyra sampai bila2 pun tak kan habis..
Ceh,,, hehehe… 
Zyra akan update entry dari semasa ke semasa ok…
Dan akan memgenalkan diri zyra sedikit demi sedikit..
Semoga blog zyra akan digemari oleh semua…  
Im just simple and cool girl..